Friday, December 8, 2017

Aku Penjual Nasi (bahagian 1)



Setiap manusia, masing-masing mempunyai pengalaman pada zaman kanak-kanak. Masih lagi teringat zaman saya masih lagi kanak-kanak sehingga alam remaja atau alam universiti. Ayah dan mak saya seorang penjual nasi pagi. Setiap pagi mak dan ayah akan bangun seawal jam 4 pagi untuk menyiapkan barang-barang jualan kami setiap hari. Pada masa saya masih lagi bersekolah rendah, saya dan adik beradik yang lain diajar oleh mak untuk membantu bersama menyiapkan segala barang-barang jualan kami. Riuh rendah suara kami setiap kali membantu mak dan ayah. Masing-masing ada tugas yang berlainan dan saling membantu antara satu sama lain.

 Saya sebagai anak yang bongsu memang suka mengelat untuk siapkan kerja yang disuruh. Macam biasa bila lambat siap banyak la kata-kata nasihat yang panjang dari mak. Memang meriah. semua anak-anak mak memang rajin membantu sehingga siap. Jam 7 pagi biasanya barang-barang jualan sudah berada di atas kenderaan roda tiga ayah, atau di sini dipanggil "beca". Setelah siap barang-barang jualan dimasak ayah dan abang akan sama-sama mengangkat barang-barang jualan di atas "beca" ayah. Ayah dan mak pula akan terus bersiap untuk ke Pasar Besar untuk menjual barang-barang jualan kami.

Setelah siap untuk menghantar barang jualan, ayah akan menyuruh salah seorang dari kami untuk pergi awal dan menyiapkan serta membersihkan tempat jualan kami supaya senang ayah untuk terus meletakkan barang-barang dengan cepat. Kebiasaanya, sudah ada pembeli yang menunggu di tempat jualan kami...... (bersambung)




No comments:

Post a Comment

181. Bersabar terhadap gangguan orang.

Tajuk ini adalah salah satu hadis daripada Kitab Al adab al Mufrad. Kitab ini di karang oleh Imam al Bukhari. Tajuk Hadis yang ke 181 ini,  ...