Friday, December 1, 2017

Doa-doa Harian Sunnah Rasulullah 1.


     
Bismillah, segala puji bagi Allah, pujian padaNya, memohon ampunan dan rahmat serta bersaksi tiada Tuhan selainNya dan Nabi Muhammad sebagai utusanNya. Zikir dan doa adalah ibadah yang utama dan ia mesti didasarkan dari sunnah dan tuntutan Rasulullah. Keperibadian Muslim antara Non Muslim terletaknya amalan-amalan yang diberi ketetapan sebagai ibadah yang diberikan pahala oleh Allah S.W.T.

        Muslim mempunyai adab-adab yang patut diamalkan sebagai amalan yang mendatangkan pahala dan kebaikan kepada diri dan juga manusia di sekeliling. Adab sangat perlu dititik beratkan seperti mana kita menjaga diri kita sendiri.
         Adakah kita tahu bahawa setiap perbuatan adab yang kita lakukan dan menurut tertib yang diberikan oleh Islam yang mana ia terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah S.a.w memberikan kita pahala oleh Allah S.W.T.



DOA SEBELUM TIDUR

Antara adab yang perlu kita lazimkan ialah membaca doa sebelum tidur. Disebutkan dalam al-Sahihain dari Huzaifah r.a dia berkata,
  "Jika Rasulullah s.a.w berganjak tidur, maka baginda mengucapkan:
                                   باسمك اللهم أموت وأحيا 
  "Dengan Asma-Mu Ya Allah, aku hidup dan aku mati"


Disebut juga dalam al-sahihain, daripada Aisya r.ha, bahawa jika Nabi s.a.w berganjak dari tempat tidur pada setiap malam, maka baginda menghimpunkan kedua telapak tangannya, kemudian meniupnya, sambil membaca "Qul huwaAllah Hu Ahad, Qul A'uzubirabbil falaq, Qul A'uzubirabbinnas." kemudian baginda mengusapkan kedua telapak tangannya ke tubuh mengikut kemampuannya. Baginda melakukan demikian itu tiga kali." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



DOA TERJAGA DARI TIDUR

Dari Ubadah bin Shamit r.a dari Rasulullah s.a.w baginda bersabda,
"Sesiapa terbangun apabila tidur lalu mengucapkan :

"tiada  Tuhan selain Allah semata, yang tiada sekutu bagi-Nya,bagiNya kerajaan dan bagiNya segala puji dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu, segala puji bagi Allah, Maha suci Allah, tiada Tuhan selain Allah , Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali milik Allah. Kemudian dia mengucapkan, Ya Allah ampunilah dosaku atau dia mengucapkan suatu doa,maka doanya itu dikabulkan. Jika dia wuduk dan solat, maka solatnya diterima." (RIWAYAT AL-BUKHARI)




DOA BANGUN TIDUR

Jika bangun dari tidur , baginda mengucapkan:




Dari Abu Hurairah dari Nabi S.a.w baginda bersabda:
         "Jika salah seorang diantara kalian bangun (dari tidur),maka hendaklah dia mengucapkan:
                     " الحمد لله الذي رد علي روحي وعافني في جسدي وأذن لي بذكره"
Segala puji bagi Allah yang telah memberi afiat kepadaku pada tubuhku, mengembalikan ruhku kepadaku dan mengizinkan bagiku untuk berzikir kepadanya. (Riwayat Al-Tirmizi)



Begitu terperinci dan beradab sebagai Muslim melalui doa-doa yang telah diajar oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. Bersyukur kita kepada junjungan Nabi sebagai utusan Allah yang mempermudahkan urusan seharian kita dengan amalan-amalan yang diberi ganjaran oleh Allah S.W.T.

Wallahu'alam.



1 comment:

  1. segala kesalahan boleh terus komen di komen ini, terima kasih sudi membaca. jzkj.

    ReplyDelete

181. Bersabar terhadap gangguan orang.

Tajuk ini adalah salah satu hadis daripada Kitab Al adab al Mufrad. Kitab ini di karang oleh Imam al Bukhari. Tajuk Hadis yang ke 181 ini,  ...