Friday, December 15, 2017

181. Bersabar terhadap gangguan orang.

Tajuk ini adalah salah satu hadis daripada Kitab Al adab al Mufrad. Kitab ini di karang oleh Imam al Bukhari. Tajuk Hadis yang ke 181 ini,  berkenaan keutamaan dan kebaikan bersabar terhadap gangguan orang.

388. Adam mengabarkan kepada kami, ia berkata : Syu'bah mengabarkan kepada kami dari Al-A'masy, dariYahya bin Watstsab : Dari Ibnu UMar, dari Nabi s.a.w, beliau bersabda, "Orang Mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar terhadap gangguan mereka lebih baik dari orang yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar terhadap gangguan mereka."  

Kandungan Hadis:

    Hadis ini menerangkan keutamaan bergaul dengan masyarakat,tidak menyepi dan mengasingkan diri dari mereka. Hal ini kerana orang yang bergaul dengan masyarakat bisa beramal ma'ruf dan nahi mungkar serta bisa mengarahkan mereka dengan nasihat-nasihat yang berharga. dengan begitu maka ketenteraman dan kebaikan akan menyebar di tengah masyarakat.

Friday, December 8, 2017

Aku Penjual Nasi (bahagian 1)



Setiap manusia, masing-masing mempunyai pengalaman pada zaman kanak-kanak. Masih lagi teringat zaman saya masih lagi kanak-kanak sehingga alam remaja atau alam universiti. Ayah dan mak saya seorang penjual nasi pagi. Setiap pagi mak dan ayah akan bangun seawal jam 4 pagi untuk menyiapkan barang-barang jualan kami setiap hari. Pada masa saya masih lagi bersekolah rendah, saya dan adik beradik yang lain diajar oleh mak untuk membantu bersama menyiapkan segala barang-barang jualan kami. Riuh rendah suara kami setiap kali membantu mak dan ayah. Masing-masing ada tugas yang berlainan dan saling membantu antara satu sama lain.

 Saya sebagai anak yang bongsu memang suka mengelat untuk siapkan kerja yang disuruh. Macam biasa bila lambat siap banyak la kata-kata nasihat yang panjang dari mak. Memang meriah. semua anak-anak mak memang rajin membantu sehingga siap. Jam 7 pagi biasanya barang-barang jualan sudah berada di atas kenderaan roda tiga ayah, atau di sini dipanggil "beca". Setelah siap barang-barang jualan dimasak ayah dan abang akan sama-sama mengangkat barang-barang jualan di atas "beca" ayah. Ayah dan mak pula akan terus bersiap untuk ke Pasar Besar untuk menjual barang-barang jualan kami.

Setelah siap untuk menghantar barang jualan, ayah akan menyuruh salah seorang dari kami untuk pergi awal dan menyiapkan serta membersihkan tempat jualan kami supaya senang ayah untuk terus meletakkan barang-barang dengan cepat. Kebiasaanya, sudah ada pembeli yang menunggu di tempat jualan kami...... (bersambung)




Friday, December 1, 2017

Kehidupan Ini

Kehidupan ini..

memberi seribu rasa
berjuta langkah
berbagai ujian
berselang seli datang...

kehidupan ini...

seperti angin sejuk ketika mentari terik terus ke tubuh
lega..
ada kala angin sejuk ketika hujan lebat menerpa bumi
ah..dingin...

kehidupan ini....

tatkala indah yang datang... tersenyum mudah dari hati terus ke bibir jua...
tatkala ujian pahit yang singgah.. menangis pilu jatuh sujud di sejadah tua..
adakala aku lupa.. indah itu datang dari Yang Esa...
pahit juga dari Dia..
manakah janji syukur ke sejadah, manakah ujian juga ke sejadah
baru benar ia datang dari yang Esa...

kehidupan ini....

jangan mudah percaya pada manusia bibirnya manis...
kerana manusia itu pelbagai ragamnya...
mulutnya manis... hatinya dusta..
mulutnya diam...hatinya ingat tuhannya...
manakan daya aku kenal manusia...
jika bukan terjadi pada diri perit dengan ragam mereka...

kehidupan ini....

benarlah takdir itu begini...
pena sudah di angkat...
dakwat sudah kering....

rosmawati zawawi

Doa-doa Harian Sunnah Rasulullah 1.


     
Bismillah, segala puji bagi Allah, pujian padaNya, memohon ampunan dan rahmat serta bersaksi tiada Tuhan selainNya dan Nabi Muhammad sebagai utusanNya. Zikir dan doa adalah ibadah yang utama dan ia mesti didasarkan dari sunnah dan tuntutan Rasulullah. Keperibadian Muslim antara Non Muslim terletaknya amalan-amalan yang diberi ketetapan sebagai ibadah yang diberikan pahala oleh Allah S.W.T.

        Muslim mempunyai adab-adab yang patut diamalkan sebagai amalan yang mendatangkan pahala dan kebaikan kepada diri dan juga manusia di sekeliling. Adab sangat perlu dititik beratkan seperti mana kita menjaga diri kita sendiri.
         Adakah kita tahu bahawa setiap perbuatan adab yang kita lakukan dan menurut tertib yang diberikan oleh Islam yang mana ia terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah S.a.w memberikan kita pahala oleh Allah S.W.T.



DOA SEBELUM TIDUR

Antara adab yang perlu kita lazimkan ialah membaca doa sebelum tidur. Disebutkan dalam al-Sahihain dari Huzaifah r.a dia berkata,
  "Jika Rasulullah s.a.w berganjak tidur, maka baginda mengucapkan:
                                   باسمك اللهم أموت وأحيا 
  "Dengan Asma-Mu Ya Allah, aku hidup dan aku mati"


Disebut juga dalam al-sahihain, daripada Aisya r.ha, bahawa jika Nabi s.a.w berganjak dari tempat tidur pada setiap malam, maka baginda menghimpunkan kedua telapak tangannya, kemudian meniupnya, sambil membaca "Qul huwaAllah Hu Ahad, Qul A'uzubirabbil falaq, Qul A'uzubirabbinnas." kemudian baginda mengusapkan kedua telapak tangannya ke tubuh mengikut kemampuannya. Baginda melakukan demikian itu tiga kali." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



DOA TERJAGA DARI TIDUR

Dari Ubadah bin Shamit r.a dari Rasulullah s.a.w baginda bersabda,
"Sesiapa terbangun apabila tidur lalu mengucapkan :

"tiada  Tuhan selain Allah semata, yang tiada sekutu bagi-Nya,bagiNya kerajaan dan bagiNya segala puji dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu, segala puji bagi Allah, Maha suci Allah, tiada Tuhan selain Allah , Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali milik Allah. Kemudian dia mengucapkan, Ya Allah ampunilah dosaku atau dia mengucapkan suatu doa,maka doanya itu dikabulkan. Jika dia wuduk dan solat, maka solatnya diterima." (RIWAYAT AL-BUKHARI)




DOA BANGUN TIDUR

Jika bangun dari tidur , baginda mengucapkan:




Dari Abu Hurairah dari Nabi S.a.w baginda bersabda:
         "Jika salah seorang diantara kalian bangun (dari tidur),maka hendaklah dia mengucapkan:
                     " الحمد لله الذي رد علي روحي وعافني في جسدي وأذن لي بذكره"
Segala puji bagi Allah yang telah memberi afiat kepadaku pada tubuhku, mengembalikan ruhku kepadaku dan mengizinkan bagiku untuk berzikir kepadanya. (Riwayat Al-Tirmizi)



Begitu terperinci dan beradab sebagai Muslim melalui doa-doa yang telah diajar oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. Bersyukur kita kepada junjungan Nabi sebagai utusan Allah yang mempermudahkan urusan seharian kita dengan amalan-amalan yang diberi ganjaran oleh Allah S.W.T.

Wallahu'alam.



Friday, November 17, 2017

Blog Baru dan berlumba-lumba dengan kebaikan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah , ini adalah blog yang ketiga saya, Insyaalllah saya memperkenalkan blog ini untuk para pembaca mengambil manfaat yang baik kepada anda dan keseluruhan umat manusia.

Ingatlah apabila agama lebih bernilai daripada seisi dunia, kebahagiaan tidak akan tergugat dalam hati manusia.

Semoga kita menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia yang lain dan sama-sama berlumba untuk memberi kebaikan, sepertimana Allah berfirman :
                           
                                     Al-baqarah: (148)
                                                               "Berlumba-lumbalah dalam kebaikan"

Kita juga sebelum menyampaikan sesuatu perlu mempunyai Ilmu, ilmu yang baik dapt memberi kebaikan kepada manusia dan kepada seluruh umat manusia yang lain.

Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.ahm. pernah berkata :

                                                من عمل على غير علم كان ما يفسد أكثر مما يصلح
"Sesiapa yang beramal (beribadah kepada Allah) tanpa ilmu, maka apa yang akan dirosakkan olehnya adalah lebih banyak daripada apa yang diperbaikinya"

Maka berhati-hatilah dalam beramal . Tidak semua ilmu itu baik untuk di amalkan melainkan kita menuntut ilmu dengan ilmu yang betul dan sahih.


fb: Rosmawati Zawawi

Bagaimana menjadi seorang Penulis?

Ramai antara kita ingin menjadi seorang penulis. Lalu, pelbagai soalan yang bermain di fikiran, bagaimana untuk bermula?

Saya membaca salah satu posting seorang penulis yang sudah lama berada di dalam dunia penulisan. Beliau memberi petua yang diperkenalkan oleh HAMKA, ulama yang terkenal di Indonesia. Beberapa petua untuk menghasilkan karya yang baik sebagai seorang penulis.

Anda boleh baca di sini http://annyss.blogspot.my/2013/08/menulis-dari-rumah-suatu-kerjaya.html.


Apa yang saya boleh simpulkan, untuk menjadi seorang penulis, jadilah dulu seorang pembaca.
Jika anda bersetuju, berikan saya idea untuk menjadi penulis seperti anda.

fb: Rosmawati Zawawi


181. Bersabar terhadap gangguan orang.

Tajuk ini adalah salah satu hadis daripada Kitab Al adab al Mufrad. Kitab ini di karang oleh Imam al Bukhari. Tajuk Hadis yang ke 181 ini,  ...