Friday, November 17, 2017

Blog Baru dan berlumba-lumba dengan kebaikan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah , ini adalah blog yang ketiga saya, Insyaalllah saya memperkenalkan blog ini untuk para pembaca mengambil manfaat yang baik kepada anda dan keseluruhan umat manusia.

Ingatlah apabila agama lebih bernilai daripada seisi dunia, kebahagiaan tidak akan tergugat dalam hati manusia.

Semoga kita menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia yang lain dan sama-sama berlumba untuk memberi kebaikan, sepertimana Allah berfirman :
                           
                                     Al-baqarah: (148)
                                                               "Berlumba-lumbalah dalam kebaikan"

Kita juga sebelum menyampaikan sesuatu perlu mempunyai Ilmu, ilmu yang baik dapt memberi kebaikan kepada manusia dan kepada seluruh umat manusia yang lain.

Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.ahm. pernah berkata :

                                                من عمل على غير علم كان ما يفسد أكثر مما يصلح
"Sesiapa yang beramal (beribadah kepada Allah) tanpa ilmu, maka apa yang akan dirosakkan olehnya adalah lebih banyak daripada apa yang diperbaikinya"

Maka berhati-hatilah dalam beramal . Tidak semua ilmu itu baik untuk di amalkan melainkan kita menuntut ilmu dengan ilmu yang betul dan sahih.


fb: Rosmawati Zawawi

Bagaimana menjadi seorang Penulis?

Ramai antara kita ingin menjadi seorang penulis. Lalu, pelbagai soalan yang bermain di fikiran, bagaimana untuk bermula?

Saya membaca salah satu posting seorang penulis yang sudah lama berada di dalam dunia penulisan. Beliau memberi petua yang diperkenalkan oleh HAMKA, ulama yang terkenal di Indonesia. Beberapa petua untuk menghasilkan karya yang baik sebagai seorang penulis.

Anda boleh baca di sini http://annyss.blogspot.my/2013/08/menulis-dari-rumah-suatu-kerjaya.html.


Apa yang saya boleh simpulkan, untuk menjadi seorang penulis, jadilah dulu seorang pembaca.
Jika anda bersetuju, berikan saya idea untuk menjadi penulis seperti anda.

fb: Rosmawati Zawawi


181. Bersabar terhadap gangguan orang.

Tajuk ini adalah salah satu hadis daripada Kitab Al adab al Mufrad. Kitab ini di karang oleh Imam al Bukhari. Tajuk Hadis yang ke 181 ini,  ...